Monday, 10 June 2013

Untuk Kami

Anugerah Terindah..

Assalamualaikum..

Tiada yang lebih indah dalam hidup ini, melainkan dilimpahi dengan keredhaan Allah S.W.T sepanjang perjalanan kita di muka bumi ini. Maka saya sentiasa mengingati diri agar bersyukur, bersyukur,..dan terus bersyukur dengan anugerah yang diberi Nya...

Syukur..
  


Insan yang melahirkan saya... mereka bersama  berjuang untuk kelangsungan hidup demi membesarkan saya....membekalkan ilmu agar saya dapat melangkah dengan stability yang sempurna di dunia dan akhirat...Sentiasa mendoakan dan memberi keredhaannya terhadap setiap langkah saya.....insan yang sentiasa memaafkan saya bilamana saya hilang keseimbangan dan kecelaruan yang pelbagai rentak.... 

                                      

Thank You Dear..



Tiada ungkapan yang terbaik selain terima kasih atas perkongsian hidup ini. Dia pelengkap segala kekurangan diri saya. Saya berkongsi kegembiraan dengan ramai orang namun bahu dia adalah tempat terbaik untuk saya meluahkan tangisan. Kadang kala saya lebih senang melihat dia dari sisi seorang sahabat. Ya, dia adalah rakan kongsi suka dan duka saya hingga ke akhir hayat...  Kami sering bergelak ketawa bersama, namun saya tahu dia amat bimbang  bahtera pelayaran yang dikemudinya untuk menuju jalan akhirat...

 

Mereka

mereka adalah anugerah terhebat dalam perjalanan hidup kami.  Mereka juga amanah terbesar yang terpikul dibahu kami.  Sedetik pun kami tidak pernah merasa berat untuk memikul amanah ini.  Mereka adalah segala-galanya bagi kami, suka kami untuk mereka , duka mereka kelukaan kami.  Kami bersyukur dengan anugerah ini dan kami berdoa untuk mencintai anugerah ini sampai ke syurga...amin Ya Rab.




No comments:

Post a Comment