Monday, 17 November 2014

2009 - FARDHU HAJI


Setiap kali kami melangkah saya sentiasa mengingatkan diri agar langkah kami diiringi dengan niat yang betul agar perjalanan mencapai matlamat dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.... Kenapa...???...kerana kita berbeza....senang cerita matlamat saya sering berubah-ubah dengan niat yang pelbagai..... okey...saya hanya mengingatkan diri saya sahaja...klu tak faham ..tak pe.....

Yang penting setiap kali saya melangkah....saya sering memperbaiki niat saya atau update niat saya agar tak tersasar..... Pandangan orang...dengan niat tanpa membantu ...saya tolak tepi...sorry ye...

 2009 - KEMBARA  BERMULA... MEKAH & MADINAH


Kembara kami yang pertama pastinya disini....tahun 2009 buat julung julug kalinya kami menaiki flight...Saudi Arabia Airline. Berpeluang menaiki Airbus....syukur yang tidak terhingga dijemput menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan fardhu Haji. 

FARDHU HAJI 2009
  
Tiada istilah  terindah yang dapat dilisankan dengan kata - kata saat  pertama kali menjejakkan kaki di tanah haram Mekah dan Madinah.... ketika berada di Padang Arafah..., Mudzalifah... Mina... mahupun sepanjang hari Wukuf bagi menyempurnakan ibadah haji.... Kenikmatan yang tidak terlafaz tanpa istilah...


Sering bermain difikiran terlalu sedikit perkongsian yang dibawa oleh rakan rakan yang pulang dari mengerjakan ibadah haji.... sedangkan anugerah nikmat dari Nya amat besar.... menitis airmata saat berazam untuk berkongsi dengan anak anak agar mereka membina keazaman untuk melaksanakan ibadah haji seawal mungkin.... Ya Allah...Jadikan anak anak kami golongan yang taat kepada perintah Allah..perintah Rasul dan perintah kedua ibubapanya...amin Ya Rab...

Gua Hira'

Disini wahyu pertama diturunkan. rujuk kitab Riwayat Rasullah SAW...Rasanya semua dah tahu kisah inikan...kat sekolah rendah lagi kita dah di dedahkan dengan sejarah islam....

 

Apa yang nak dikongsikan disini ialah...... semasa saya turun dari bas....terpaku seketika memandang bukit batu yang mana di atasnyalah terletaknya Gua Hira'... Begitu tinggi dan sangat mencabar bagi saya yang langsung tidak pernah mendaki sebarang bukit walaupun Bukit Broga yang dah siap trek...
Hati saya sangat tersentuh tatkala terkenangkan bagaimana Rasulullah saw mendaki ke Gua Hira' semata mata untuk mendekatkan diri dengan Allah....  walaupun baginda adalah kekasih Allah. Subhanallah hebatnya baginda....mulianya baginda....

Mengalir air mata saat mengenangkan diri sendiri. Ya Allah... ampunkanlah hambaMu yang lemah lagi daif ini.... sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurga Mu namun aku juga amat takut dengan azab api nerakaMu.... kasihanilah aku Ya Allah...





Dan saya.....sejujurnya begitu teringin mendaki untuk menjejaki Gua Hira'..namun kami tersekat dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh mutawif...Yang jelas saya nampak kehampaan dimata Haji Ab Rahman yang begitu bersemangat untuk mendaki Gua Hira' apabila mutawif tidak membenarkan para jemaah mendaki Gua Hira'....Kecewa ??? Ya....Kami sering diingat oleh petugas Tabung Haji (TH) agar mengikut segala arahan mutawif.. Ya Latiff....semoga suatu hari nanti kami diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di ruang Gua Hira'....mudah mudahan...amin...


JABAL RAHMAH


Di sinilah Jabal Rahmah.....tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berada di bumi....sekali lagi kami diingatkan oleh Mutawif ketika berada di dalam bas agar tidak mendaki Jabal Rahmah.....Frust...???oooo...tidak ...bukan frust...tapi perasaan kecewa tu dah bertukar menjadi marah la pulak....bukan apa... datang jauh jauh sekurang kurangnya dah sampai di bumi Arab ni kami berusaha hendak mencari Jejak Rasul di bumi Ambia' ni.....Mutawif kami ni pemuda Kelantan yang tinggal di Mekah.....Jemaah pula kebanyakan pula terdiri dari golongan 50an....so kami yang 30an takkan nk pandang dari jauh je....sedangkan orang lain berlumba lumba untuk mendaki Jabal Rahmah.....

Okey..lebih baik diam diam...walaupun sakit hati...mutawif group lagi satu siap bantu lagi jemaah dia yang nak naik Jabal Rahmah....Rasanya semua jemaah akan ikut arahan Mutawif jam berapa kena berada di bas...Kami pun tak mahu menyusahkan Mutawif untuk mencari cari kami.....So...??? setelah berbincang kami suami isteri berpakat untuk mendaki Jabal Rahmah kerana lilahhitaala.....Takkan nak berdoa di antara tempat mustajab pun tak boleh ye tak....? muka Mutawif yang masam kelat tu kami abaikan je....sebab dia akan guide kami untuk ziarah hari ni je....Bila kami start mendaki ....jemaah lain mula mengikut langkah kami untuk turut serta....Akhirnya kami rasa puas dapat berdoa dan menyampaikan hajat di puncak Jabal Rahmah.....Alhamdulillah...


okey la....nanti sambung lg...kisah kisah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram...







No comments:

Post a Comment